Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Jahit – Intake 1 (Minggu 6)
12 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2025, seorang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Jahit yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-6 ini bertujuan untuk memahirkan peserta dengan teknik-teknik jahitan yang telah dipelajari dan belajar cara merekacipta design apron baru.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah disertai pada minggu lepas. Dalam kelas ini, peserta diajar langkah demi langkah tentang cara untuk menjahit apron mengikut beberapa bahagian iaitu tali atas, tali sisi, bahagian kocek, atas apron, melengkung, bahagian sisi, bawah apron dan cara jahit kocek pada apron.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: